Blogger Layouts

Sunday, October 9, 2011

PROGRAM TRANSISI PENGANGKUTAN AWAM, RIADAH DAN REAKRIASI

Program ini merupakan tahun kedua program transisi ini diadakan. Objektif progran ini diadakan adalah bertujuan untuk menggalakan murid berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling selain meningkatkan tahap keyakinan mereka ketika berurusan di tempat awam.Semua murid dan guru akan menaiki bas awam dari Taman Universiti ke Skudai Parade untuk menjalankan aktiviti ini. Berikut adalah tentatif program :

  • 13-09-2011 - Pengeluaran wang di BSN Cawangan skudai
  • 14-09-2011 - Pembelian di Econsave Skudai Parade
  • 20-09-2011 - Latihan bowling di Skudai Parade 
  • 21-09-2011 - Latihan belian makanan segera di KFC Skudai Parade
  • 27&28-09-2011 - Pertandingan Bowling di Skudai Parade









Lawatan Sambil Belajar ke Desaru

Pada 15 September yang lalu, Kelas Integrasi Pendidikan Khas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Desaru Fruit Farm. Objektif lawatan ini adalah untuk memperkenalkan pelbagai jenis buah-buahan di negara kita. Lawatan kali ini juga turut melawat ke kawasan Sarang  Buaya sekitar Teluk Sengat sebagai aktiviti memperkenalkan haiwan liar itu kepada murid-murid







Wednesday, August 3, 2011

Majlis Apresiasi Kesenian dan Kebudayaan

Pada 28 Julai yang lalu telah diadakan Majlis Apresiasi Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Daerah JOhor Bahru. Kelas INtegrasi Pendidikan Khas SK Taman Universiti 4 telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang diadakan.Kelas Integrasi ini telah mendapat tempat ketiga dalam acara masakan dan juga pameran. Tahniah pada yang berjaya dan teruskan
usaha pada yang kurang berjaya pada tahun hadapan.

Peserta Karaoke Adik Khativaanaan A/L Mutusamy






Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru 2011 kepada semua warga pendidikan Kelas Integrasi Pendidikan Khas. Jasamu tiada nilai. Semoga lebih tabah dan kreatif dalam mendidik anak-anak istimewa ini.


GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA

Thursday, May 5, 2011

Taklimat JICA dan Terapi Pertuturan

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas di bawah tadbir urus Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, seorang Sukarelawan dari Japan International Cooperation Agency (JICA) telah ditempatkan di Kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Taman Universiti 4.  Sukarelwan tersebut Cik Miharu Kobayashi akan mengadakan pertukaran teknologi dalam bidang Pendidikan Jasmani dengan guru-guru Pendidikan Khas. Program kerjasama ini akan diadakan sepanjang bulan Mei 2011. Selain itu, Kelas Terapi Pertuturan akan diadakan sepanjang bulan Mei ini bagi 15 orang murid yang bermasalah terapi pertuturan. Program selama setengah jam bagi seorang murid ini akan dikendalikan oleh Pegawai Bahagian Terapi Pertuturan iaitu En. Mohd Hafiz bin Chamat @ Jumadi. Kelas Terapi ini akan diadakan dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.







Terapi Renang

     Terapi Renang merupakan program pertama bagi tahun 2011 ini. Objektif terapi renang ini adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan di kalangan murid serta menguatkan psikomotor kasar di kalangan murid-murid CP. Program ini dijalankan 2 kali seminggu setiap hari Selasa dan Rabu sepanjang bulan Februari hingga Mei.



Mesyuarat Kali Pertama Badan Permuafakatan Pendidikan Khas SKTU 4

      Mesyuarat kali pertama Badan Permuafakatan ini adalah bertujuan membincangkan mengenai program sepanjang tahun 2011 ini. Mesyuarat yang julung kali diadakan ini juga dililihat sebagai wadah untuk para ibu bapa atau guru mencari idea yang terbaik dalam mendidik anak-anak istimewa ini. Pastinya kedua-dua pihak mengharapkan kerjasama yang berterusan dalam kesinambungan pembelajaran anak-anak ini di rumah.  Di dlalam mesyuarat ini juga mencadangkan usul agar Pengerusi Badan Permuafakatan dilantik sebagai AJK PIBG sekolah dan usul tersebut telah diterima oleh pihak PIBG sekolah. Antara cadangan aktiviti sepanjang tahun 2011 ini ialah :
  1.  Terapi Renang
  2. Mengcungkil bakat
  3. Bumi Hijau
  4. Senyuman Menawan
  5. Program lawatan